Perkataan Kommunikasi berasal pada perkataan Latin (communicare) yang bermaksud 'to make comman or to share'.
Samsuddin A. Rahim berpendapat bahawa takrif kommunikasi boleh dikategorikan kepada 4 kategori.
1. penekanan pada penyebaran dan pengiriman
2. penekanan pada perkongsian makna
3. penekanan pada pembujukan
4. penekanan pada aspek tingkah laku
(Penekanan pada penyebaran dan pengiriman)
Theodorson 1969 - Pengiriman maklumat, pemikiran, sikap dan emosi daripada seseorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan menggunakan simbol-simbol ( artifak, lisan atau bukan lisan).
(Penekanan pada perkongsian makna)
Rogers 1969 - Suatu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentukkan atau berkongsi (makna sesuatu syarat) antara satu sama lain dengan mencapai persefahaman.
(penekanan pada pembujukan)
Carl Hovland 1953 - proses penyampaian ransangan (secara lisan) dengan tujuan menukarkan tingkah laku individu lain.
(Penekanan pada aspek tingkah laku)
Carter 1973 - Cara seseorang individu mencari atau menyebarkan maklumat tentang realiti keadaan di sekelilingnya agar ia dapat mengawal atau memandu perjalanan hidupnya sama ada secara sendirian atatpun dalam kelompok.
No comments:
Post a Comment